Fokus Soalan Komsas + Cadangan Jawapan

Sajak Aku Membaca Lagi (T4)

Fokus Soalan Komsas + Cadangan Jawapan

Contoh Soalan

(iii)  Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan [satu persoalan lain daripada

keseluruhan drama/cerpen yang tidak terdapat dalam petikan].                                     [4 markah]

  • persoalan boleh ditukar perwatakan, latar masyarakat, nilai dan pengajaran.
  • huraian peristiwa boleh menggunakan contoh yang diberi. 

Aku mendongak lagi

menitis air mata langit

membasahi bahasa Melayuku

yang berdarah.

Nilai Patriotik
Persoalan Persoalan kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang
Pengajaran Kita perlulah mendaulatkan bahasa Melayu
Contoh Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

Kuselusuri alam

kicauan burung

desiran ombak dan wajah pelangi

mewarnai kehidupan umat-Mu

Nilai Keyakinan
Persoalan Persoalan keindahan alam ciptaan Tuhan
Pengajaran Kita perlulah menghargai keindahan alam semula jadi
Contoh Penyajak berasa syukur kerana masih dapat menikmati keindahan alam semula jadi iaitu bunyi kicauan burung, desiran ombak dan pelangi.

Leave a comment